BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Sunday, November 7, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

gambaran hari kiamat

Gambaran Hari Qiamat




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

KELANTAN juara PIALA MALAYSIA



NEGERI SEMBILAN 1
Shahurain Abu Samah (pen m-14)

KELANTAN 2
Hairuddin Omar (m-57)
Muhd Badhri Radzi (m-65)

KUALA LUMPUR – Kelantan muncul juara Piala Malaysia edisi kali ke-84 setelah mengalahkan juara musim lalu, Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu merupakan hadiah istimewa sempena pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Ke-V. Kejayaan malam tadi membolehkan nama Kelantan terpahat dalam senarai pemenang kali pertama dalam perebutan piala paling berprestij itu sejak ianya dipertandingkan pada tahun 1921.

Beraksi dihadapan hampir 90,000 penonton, dengan didominasi sokongan penyokong setia Merah Putih, The Red Warriors jelas membuktikan mengapa mereka tidak boleh digelar sebagai kuasa baru dalam arena bola sepak tempatan apabila mempamerkan aksi kelas yang tersendiri biarpun ketinggalan satu gol pada separuh masa yang pertama.

Sementara kekalahan malam tadi memaksa barisan pemain Negeri Sembilan menelan kepahitan gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu apabila terpaksa merelakan piala tersebut untuk dibawa pulang ke bumi Negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kali.

Dua gol dalam tempoh lapan minit pada awal babak kedua menerusi jaringan Hairuddin Omar dan Muhd Badhri Radzi akhirnya menjulang Kelantan sebagai juara baru Piala Malaysia edisi kali ke-84.

Seawal minit pertama, Kelantan terlebih dahulu menguji pintu gol Negeri Sembilan apabila sepakan percuma Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin dari sebelah kanan penjuru pintu gol ditanduk tinggi oleh Mohd Rizal Fahmid Abd Rosid melepasi palang gol Negeri Sembilan.

Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan melakukan serangan balas menerusi lorongan bola Abdul Halim Zainal kepada rakan sepasukan namun Khairul Fahmi Che Mat bijak meluru keluar menyelamatkan situasi tersebut.

Pada m-7, Negeri Sembilan sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila hantaran lintang S Kunalan disambut Idris Abdul Karim tetapi tampanan kurang kemasnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-14, Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti setelah Khairul Fahmi menjatuhkan pemain Negeri Sembilan didalam kotak penalti dalam usahanya menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi. Penyerang, Shahurain Abu Samah yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Khairul Fahmi seterusnya menghasilkan gol pertama Negeri Sembilan.

Walaubagaimanapun, gol pendahuluan tersebut tidak mematahkan semangat pemain Kelantan. Pada m-29, Kelantan mempunyai peluang terbaik merapatkan jurang apabila Hairuddin Omar berjaya melepasi perangkap ofsaid namun penjaga gol, Mohd Sani Annuar Kamsani terlebih dahulu meluru keluar menyelamatkan bola.

Sebaliknya Negeri Sembilan lebih ghairah memburu jaringan apabila dilihat lebih banyak menjanakan corakan serangan melalui rangkaian penyerang muda, Shahurain Abu Samah dan Abdul Halim Zainal yang mendapat sokongan jentera tengah mereka.

Dua peluang terbaik Negeri Sembilan hadir pada m-30 dan 34 perlawanan menerusi percubaan jarak jauh Idris dan Kunalan yang menyaksikan ianya sekadar tersasar dan terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan mempunyai tiga peluang terbaik merapatkan jurang menerusi percubaan Hairuddin, Indra Putra dan Mohd Norfarhan namun ketangkasan Mohd Sani Annuar menghampakan peluang tersebut.

Babak kedua, Kelantan seakan mendapat aura baru apabila menguasai hampir keseluruhan tempo permainan. Pada m-51, Hairuddin mempunyai peluang terbaik menjaringkan gol menerusi tandukan tetapi sempat ditampan keluar oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan manakala rembatan susulan Muhd Badhri selepas itu sekadar melepasi palang.

Detik malang bagi Negeri Sembilan bermula enam minit kemudian. Bermula larian bola Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan pintu gol, beliau melakukan hantaran lintang kepada Hairuddin yang menanduk cantik ke penjuru sebelah kanan pintu gol menewaskan Mohd Sani Annuar.

Gol penyamaan tersebut ternyata membakar semangat juang pemain Kelantan sementara Negeri Sembilan terus tertekan selepas kehilangan bek kental mereka, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang terpaksa diusung keluar selepas itu kerana mengalam kecederaan.

Pada m-62, Negeri Sembilan sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan kali ini melalui menerusi percubaan Shahurain yang merembat kencang tetapi diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-65, Stadium Nasional Bukit Jalil kembali bergema dengan sorakan 70,000 penyokong setia Kelantan apabila Muhd Badhri Radzi berjaya menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Kelalaian benteng pertahanan Negeri Sembilan sekali lagi terhukum apabila beliau yang menerima umpanan Mohd Norfarhan sebelum itu hanya memerlukan tiga langkah sahaja sebelum melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Mohd Sani Annuar buat kali kedua.

Negeri Sembilan yang kian tertekan memasukkan penyerang muda, Mohd Shafik Abdul Rahman menggantikan Qhairil Anwar Roslani namun itu tidak cukup membantu mereka mencari gol penyamaan.

Dua percubaan terbaik mereka pada m-80 dan masa tambahan masing-masing menerusi Shahurain dan Idris menyaksikan Khairul Fahmi sekali lagi menjadi penghalang buat mereka dalam usaha mencari gol penyamaan.

Sementara itu, sepakan percuma Indra Putra pada m-85 sekadar tersasar ke sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Tiupan wisel penamat pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengakhiri penantian Kelantan selama 89 tahun menjulang Piala Malaysia dan piala paling berprestij itu akan kekal disimpan di bumi negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kalinya.

Sementara itu, penjaring gol pertama Kelantan dalam perlawanan malam tadi, Hairuddin Omar diumumkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir itu.

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin (Akmal Rizal Ahmad Rakhli), Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha (S Chanturu).

FORMASI : 4-4-2

NEGERI SEMBILAN : Mohd Sani Anuar Kamsani, Mohd Alif Samsudin, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (KP) (Mohd Firdaus Azizul), Mohd Shukor Adan, Tengku Qayyum Ubaidhillah Tengku Ahmad, Ching Hong Aik (Mohd Asyraf Mohd Al Japri), Qhairil Anwar Roslani (Mohd Shafik Abdul Rahman), S Kunalan, Idris Abdul Karim, Abdul Halim Zainal, dan Shahurain Abu Samah.
FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Negeri Sembilan (9) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : Negeri Sembilan (3) Kelantan (4)
Sepakan sudut : Negeri Sembilan (2) Kelantan (11)
Sepakan percuma : Negeri Sembilan (17) Kelantan (18)
Offsaid : Negeri Sembilan (2) Kelantan (2)
Kekasaran : Negeri Sembilan (15) Kelantan (14)
Kad kuning : Negeri Sembilan (Mohd Shukor Adan, Mohd Firdaus Azizul, Mohd Alif Samsudin) Kelantan (Mohd Shakir Shaari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tujuh minit
Penguasaan bola : Negeri Sembilan (45%) Kelantan (55%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Subkhiddin Mohd Salleh
Penolong Pengadil 1: Wan Ismail Wan Ali
Penolong Pengadil 2: Nojey Anak Nakeng
Pegawai Keempat : Mohd Nafeez Abd Wahab
Komisionel Perlawanan : Ismail Yacob
Penilai Pengadil : Ahmad Khalidi Suppian
General Kordinator : Ahmad Fuad Daud
Pegawai Media : Raja Azura Shamim

Saturday, November 6, 2010

the AUX

salam..
the AUX merupakan nama kumpulan kitaorang kat kg, bukan kumpulan band, yakuza, kongsi gelap, politik , perkauman atau ape saje la..ni group saje2 je budak kampung aku letak nama.. knape AUX? AUX sebenarnya..........xleh nak bgtau..hahaha..tp AUX ni speaker la..geng2 aku ni kalu bercakap, gelak, wat lawak macam speaker gak la..mulut banyak nak kuat lebih2 lagi john...kitaorang akan jumpa bile masing2 balik bercuti la..kalu diorang xde sunyi la pasir mas, tp kalu balik satu pasir mas huru hara..hahaha
tp skang ahli AUX semakin bertambah, aku kenal pun tak..hahaha

niie sekor2 budak aux yang hardcore la..sory yang lain aku xde maklumat



budak nie nama dia john/johan/ mayat, mulut paling bising dan menjadi hiburan geng2 aku, tp dia akan diam bilo depan awek..cis jiwang...hahaha...loni dio ngaji jasin, melaka..dia la member paling ambik berat pasal sain walaupun x slalu serius...



hok nie namo dio kamel/ lutong, dio budak koya rock padahal adalam hati berbunga...dok dengar lagu rock x kaba dunia....hahaha.tp rock2 dio baik lako...yo ngaji poli KL (kok lanas)..koya jauh ngaji..hahaha



nie namo dia ikram/kere/adik aku la..hahaha..dia ngaji di kktm pasir mas ambik diploma kejuruteraan mekanikal..



hok nie namo dia edy/mucung..paling kuat make, make x ingat dunia..hahaha..dio loni ngaji uitm perak ambik diploma landskap..




hok ni namo yo jiji/ unto..paling tinggi dikalangan geng2 aku, xtau la nate ni make gapo..kecik2 dulu mke daging unto kot 2 jadi gitu..hahah..dio ngaji uitm lini..jauh gak machang jah...



nie la aku/haiqal/eka..aku ngaji ipg perlis..2 jah nak oyak

hok lain sory xdok gambar la..gambar ramai2 ado la..the AUX hok lain yaya, yana, akif. aiman, adik nor, apih kema, shahrul dan hok lain

bAnJiR oooo bAnJiR D perlis

2 november 2010

sebelum tarikh tu, 3 hari hujan lebat berturut2 hujan x bhenti...pagi tu, kawan aku kejutkan aku dari tido suh alihkan motor dari parking..aku ngan mamai2 masa 2 bangun terus capai kunci motor,aku pergi kat parking tgk xde air pun naik, rupanya2 aku kena prank ngan depa celakok punya ali ngan gjun pagi2 wat lawak..tapi aku tagk kat tasik napi memang air dah penuh sampai tenggelam habis mcm cite tatanic 2...mesti ikan banyak yang kur..suka la bai 2 bleh cari ikan..pada hari tu aku ada exam MAB, iaitu murid alam belajar yang menyusahkan pelajar maktab..subjek paling giler aku benci..sebelum exam tu, aku, mad, ali pi kat pak guard nak tgk air di luar, aku ingatkan depan tu je yang banjir rupanya2 seluruh kangar, cadangnya baru nak balik kelate. selepas makan aku pun gi la ready nak exam, pastu gi exam, aku la org pertama dak kelas yang kuar awal masa exam, dak kelas pk aku leh jawab kot kuar awal padahal aku x tau ape benda aku jawab masa exam 2..satu pun yg aku baca x masuk walaupun aku bawak toyol sekali...
abis je exam aku ajak mie, wan ja, ngan mat pi main air kat luar..punya la giler ramai orang..aku pi jalan sampai kangar kot..mmg jauh la sambil 2 redah air, padahal nak pi cari meggi je...sume kedai tutup, cam haram la aku kata jalan punya jauh, masa pejalan balik aku ngan mie beli megi kat kedai runcit, mahal giler brother 2 jual megi rm1 sebungkus katanya terhad..bodo la..masa balik kitorang tumpang keta mana taknya penat kot jalan dah la magrib dah masuk waktu..tapi syok la main banjir..

3 november 2010

bangun pagi2 dah bau nasi ngan ikan goreng..rupanya2 budak2 ni masak nasi..bagus punya budak2 ni..hahahha..pagi2 lagi depa turun tahan pukat dan hasilnya masak untuk makan tengahari..mcm dok kg lak..hahaha..pas makan bersiap2 nak pi tahan pukat sambil bermain air dan tengok gelagat orang main air..punya ramai gile nak balik kg..dok tggu kat depan maktab dok tggu van nak hantar kuala perlis..masa nak balik si cilakok baie ngan mat pengang aku balik lam air cam haram nasib baik masa 2 mood main air..hahahahaha..petang 2 letih main air aku tido je..tiba atiq call ajok kelik, aku kelam kabut siap2 nak balik katanya keto dia wat tubik doh...ali mula2 xse kelik tiba2 nak keli..hahahaha..xde la nak main air puas2 kat maktab..hahaha



depan maktab perlis





SaLaM pErMuLaAN



Assalamualaikum kepada semua pembaca dan salam sejahtera....
ni merupakan post pertama aku di sini, sebenarnya dah lama wat blog ni tp malas nak update..skarang aku dah ada mood nak wat blog ni disebabkan blog2 lain yang aku lihat telah menarik minat aku kerana ianya menyampaikan infomasi yang berguna kepada kita semua...aku pun masih baru, jadi mungkin banyak kekurangan la dalam blog ni..mintak tunjuk ajar la dari korang ye!! masa ni aku ngah bercuti di kampung jadi aku ada peluang la nak update blog nie..ok bro enjoy your life but not forget ALLAH SWT!!! rocks ats dade's..hahaha