BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Sunday, October 30, 2011

"JOM HEBOH 2011 KELATE MAGHI"

28-29 oktober 2011

MYTV3 bertandang ke kelate untuk program jom heboh 2011 di stadium sultan muhammad iv..

aku dan geng2 the aux, ikram, dedy, faiz dan kamel telah join krew untuk jom heboh kali ni, kesian kat john, jiji, dan hapezz xleh join..hahahah..sajo nak bg gambar suh dengki...

aku dan faiz di tugaskan di booth cereka di mana johan as'shari/botak juvana, edy ashrf dan fasha sanda...

niie la gambar2nye



ngan faiz di booth cereka...



ngan fasha sandha dan su nye




ngan fasha di belakang booth



bersama fida di dewan makan



aku, ikram n fida qaseh alia




jd kameramen la pulok!!!



the aux kat jom heboh



masa ni ramai org ambik gambar, x tau bakpo



bersama botak juvana, sempoi brother ni



fasha sign kat dada 2



fasha..



last day with botak jom heboh



bersama ikram, intan penerbit nona(saudara) dan mior malek pembaca berita



the best moment in 2011 thank you all tv3 crew

"manusia, lelaki, wanita atau binatang?"

manusia..
diciptakan dikau sempurna akal,
untuk berfikir jadi terbaik,
bukan jadi terbalik,
mudahnya dikau makan hasutan,
sang iblis cakap manis kau dengar,
senangnye kau masuk neraka,
seksalah kau bersama mereka,
ada panduan kau langgar,
undang-undang kau sepak,
bila dah jadi kau menyesal,
dah jadi kau menangis,
dah jadi kau salahkan takdir,
pandai buat pandai lah kau tanggung,

lelaki...
kau diciptakan kuat,
bukan untuk memijak yang lemah,
kau diciptakan berfikiran panjang,
bukan untuk kesenangan diri,
diciptakan kau untuk menjaga bukan merosakkan,
jangan pandai berkata manis,
tapi merosakkan kemanisan,
kau lelaki jaga wanita,
bukan menghancurkanya,
lelaki, kau nak bimbing orang,
tapi kau tungang langgang,
orang baik kau hina,
orang jahat kau sanjung,
malaikat kau tak takut,
iblis kau ikut,

wanita,
kau dicipta untuk jadi penyayang,
bukan jadi pembuang,
kau pandai buat
tapi kau buang
kau dah bela 9 bulan,
sanggup kau bunuh yang tak berdosa,
kau campak macam kau campak sampah,
kau hiris macam kau hiris ikan,
kau macam tak ada perasaan,
hati kau mati,
kau ikut emosi,
dulu tak fikir,
dah jadi kau buntu,


binatang...
tak ada akal berfikir,
tapi sanggup mati untuk anak sendiri,
ada belas kasihan pada hati,
adakala aku fikir binatang lebih mulia,
mulia sebab mereka sayang anak,
manusia ada anak,
dia bunuh,
dia buang,
kecewa aku sebagai manusia....


manusia kah ibubapa bayi ini????


anak tidak berdosa ini dibunuh, begitu murahnya nyawa....



berjuta2 orang yang tidak mempunyai anak yang inginkan anak, tapi dapat anak dibunuhnya, keji dan hina hati mereka


ape yang kamu fikirkan??? tak akan hanya berdiam??? di mana perasaan kamu???

nukilan ini aku ciptakan bila aku kecewa melihat kes2 pembuangan bayi yang tidak berdosa, kecewa manusia berakal lebih pada bintang, binatang lebih mulia...tolong..aku rayu kesian la pada bayi yang lemah ini..

"tahu tapi buat-buat tak tahu"



kita tahu solat itu wajib,
tapi kita tak solat,
kita tahu solat itu dapat pahala,
tinggalkanya dapat dosa,
tapi kita buat tak tahu,
kita tahu solat jemaah dapat 27,
solat sendirian dapat 1,
tapi kita nak yang sikit,
kita tahu solat itu benda pertama di tanya bila mati,
tapi kita sibuk dengan dunia,
kita tahu syurga itu seronok,
tapi kita dok kejar neraka yang pedih,
kita tahu menutup aurat itu wajib,
tapi kita buka juga bagi orang tengok,
kita tahu maksiat itu haram,
kita nak buat juga,
kita tahu arak itu haram,
tapi ramai juga yang dok minum,
kita tahu rasuah itu dosa berterusan,
tapi kita dok hulur juga,
kita tahu sedekah itu pahala berterusan,
tapi kita kedekut harta dunia tidak mahu harta akhirat,
kita tahu dunia ini sementara,
tapi kita dok pulun kejar dunia,
kita lupa dunia yang kekal,
kita tahu mati itu bila-bila masa,
tapi kita buat biasa macam dah tahu mati bila,
kita tahu kita ISLAM,
tapi LAYAKKAH kita jadi ISLAM???
ISLAM pada nama TAK JAMIN masuk SYURGA!!


bukan perli,
tapi untuk diri,
untuk kawan-kawan juga,
supaya sedar siapa kita,
aku hanya berbahasa,
sambil-sambil aku terasa,
aku juga terlupa,
harap kawan jangan alpa,
biarlah susah dahulu di dunia ini,
asal senang di dunia akan datang,




p/s: dapat idea selepas solat zohor

"tak sedar dalam sedar"




di saat kita hidup,
kita sedar udara dihirup,
hakikinya kita tak sedar,
udara dihirup hanya pimjamanNYA,
kita tak bersyukur padaNYA,
sombongnya kita padaNYA,

disaat kita memuaskan selera,
kita sedar makanan pengalas perut,
hakikinya kita tak sedar,
makanan disantap datang daripadaNYA,
untuk beri tenaga beribadat padaNYA,
kita leka pula mengejar dunia,
harta dunia syurga kita,
harta dunia nyawa kita,
tapi itu sementara,
bodohnya kita untuk dunia,

disaat kita berduka,
kita merintih,
kita menangis,
pada siapa kita mengadu?
pada manusia??
itulah manusia,
tak sedar siapa pencipta skrip dunia,
manusia hanya minta pada manusia,
lupa akan pencipta,
mintalah padaNYA,
DIA merindui rintahan hambaNYA,
DIA mendengar setiap saat rintihan hambaNYA,
cuma belum masanya lagi untuk tunaikannya,
DIA ciptakan terbaik untuk kita,
itulah manusia tidak bersabar dengan ujianNYA,
hanya mengerti kesenangan,
lupa kesusahan,
kesusahan pengajaran manusia,

di saat kita sakit,
kita hanya tahu mengeluh,
hakikinya kita tak sedar,
sakit hanya ujian untuk hambanya,
sakit pengguguran dosa,
umpama daun-daun kering gugur ke tanah,
itulah tuhan kita begitu mudah memberi ampun,
tetapi kita sombong meminta ampun,
kita tak sedar yang tuhan mengasihi hambaNYA

sedarlah kita sementara kita sedar,
jangan kita sedar bila kita hampir tidak sedar,
menyesal sebelum terlambat sungguh ngeri,
manisnya hidup sedar awalnya,
sedar menyedarkan tanggungjawab kita...

Monday, August 15, 2011

LastikBEBAS: hasil lastik bebas kami

LastikBEBAS: hasil lastik bebas kami: "a"

Tuesday, July 26, 2011

Pelakon semulajadi yg terhebat...





aku tidak perlu jadi pelakon,
kau tidak perlu jadi pelakon,
dia tidak perlu jadi pelakon,
kamu tidak perlu jadi pelakon,
kami tidak perlu jadi pelakon,
kita tidak perlu jadi pelakon,
ayah dan ibu tidak perlu jadi pelakon,
adik-adik kecil tidak perlu jadi pelakon,
kawan tidak perlu jadi pelakon,
cikgu tidak perlu jadi pelakon,
polis tidak perlu jadi pelakon,
menteri tidak perlu jadi pelakon,
pemimpin tidak perlu jadi pelakon,
manusia tidak perlu jadi pelakon,
kerana kita adalah pelakon,
pelakon secara semulajadi yang hebat,
berlakon di pementasan dunia,
sentiasa memainkan watak masing-masing,
ada jahat,
ada baik,
ada gila,
ada alim,
ada lurus,
ada bodoh,
ada cerdik,
ada jujur,
ada tanggungjawab,
ada tamak,
setiap kita ada wataknya,
watak dalam drama,
drama yang panjang,
dan akhirnya bila nyawa dibawa pergi,

aku duduk tepi,
kiri aku paling,
kanan aku paling,
depan aku paling,
belakang aku paling,
aku tengok orang,
bukan tengok-tengok saja,
aku tengok watak manusia,
macam-macam watak ada,
aku berfikir sejenak,
otak aku ligat berfikir,
adalah watak ini ditentukan?
atau pilihan masing-masing,
aku berfikir lagi,
otak aku terus berfungsi,
setiap ciptaanNYA ada gunanya,
jadi aku mengali ilmu,
membaiki diri....

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia itu kecuali supaya mereka beribadah (memperhambakan diri) kepadaKu.[4]TAZKIYAT AL-NAFS

8.51 a.m./selasa/26 julai 2011
bilik kuliah SDI

Sunday, July 24, 2011

pasal kau la masa!!



bila ditanya seorang guru kepada muridnya,
pekara apa yg semakin menjauhi kita???
maka pelbagai buah fikiran disampaikan,
namun semuanya dijawab oleh guru adalah benar,
namun jawapan paling benar jawab guru,
yang paling jauh dengan kita adalah masa,

kenapa masa???
segala persoalan timbul di benak pemikiran manusia yg terhad ini,
otak memerah keringat mencari jawapan,
tanpa ilmu kehausan penyelesaian,
adanya ilmu kita umpama komputer yang baru update,
setiap simpulan ada leraiannya,
setiap persoalan ada jawapannya,
persoalan perlu dikaji, dicari, digali,
bukan dicari dengan pengetahuan yg cetek dan tandus,
perlu ada ilmu dan pemahaman yg tinggi,
perlu guru untuk mengendong ke jalan yg lurus,

masa dan waktu,
semalam tidak akan kembali pada aku,
bahkan ianya makin jauh meninggalkan aku,
setiap saat, minit, detik, jam , hari, tahun,
ianya bergerak meninggalkan aku,
setiap apa yg berlaku menjadi titik sejarah kehidupan,
walaupun ianya pahit, manis, tawar, masam,
tidak akan berulang-ulang berkali-kali,
yang pergi tetap akan pergi,
pergi bukan dengan kosong,
pergi dengan pengajaran dan pembelajaran,
masa adalah pengalaman dan juga guru manusia,
manusia pandai dan bodoh kerana pengalaman,
banyak pandai dari bodoh,
sebab aku belajar dari pengalaman untuk membaiki diri,
masa yg pergi umpama sejarah,
sejarah nyah kau pergi!!!
tp jgn kau pergi dengan bergitu sahaja,
tinggalkan aku ilmu baru,
biarkan kau pergi.....