BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Tuesday, July 26, 2011

Pelakon semulajadi yg terhebat...





aku tidak perlu jadi pelakon,
kau tidak perlu jadi pelakon,
dia tidak perlu jadi pelakon,
kamu tidak perlu jadi pelakon,
kami tidak perlu jadi pelakon,
kita tidak perlu jadi pelakon,
ayah dan ibu tidak perlu jadi pelakon,
adik-adik kecil tidak perlu jadi pelakon,
kawan tidak perlu jadi pelakon,
cikgu tidak perlu jadi pelakon,
polis tidak perlu jadi pelakon,
menteri tidak perlu jadi pelakon,
pemimpin tidak perlu jadi pelakon,
manusia tidak perlu jadi pelakon,
kerana kita adalah pelakon,
pelakon secara semulajadi yang hebat,
berlakon di pementasan dunia,
sentiasa memainkan watak masing-masing,
ada jahat,
ada baik,
ada gila,
ada alim,
ada lurus,
ada bodoh,
ada cerdik,
ada jujur,
ada tanggungjawab,
ada tamak,
setiap kita ada wataknya,
watak dalam drama,
drama yang panjang,
dan akhirnya bila nyawa dibawa pergi,

aku duduk tepi,
kiri aku paling,
kanan aku paling,
depan aku paling,
belakang aku paling,
aku tengok orang,
bukan tengok-tengok saja,
aku tengok watak manusia,
macam-macam watak ada,
aku berfikir sejenak,
otak aku ligat berfikir,
adalah watak ini ditentukan?
atau pilihan masing-masing,
aku berfikir lagi,
otak aku terus berfungsi,
setiap ciptaanNYA ada gunanya,
jadi aku mengali ilmu,
membaiki diri....

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia itu kecuali supaya mereka beribadah (memperhambakan diri) kepadaKu.[4]TAZKIYAT AL-NAFS

8.51 a.m./selasa/26 julai 2011
bilik kuliah SDI

Sunday, July 24, 2011

pasal kau la masa!!



bila ditanya seorang guru kepada muridnya,
pekara apa yg semakin menjauhi kita???
maka pelbagai buah fikiran disampaikan,
namun semuanya dijawab oleh guru adalah benar,
namun jawapan paling benar jawab guru,
yang paling jauh dengan kita adalah masa,

kenapa masa???
segala persoalan timbul di benak pemikiran manusia yg terhad ini,
otak memerah keringat mencari jawapan,
tanpa ilmu kehausan penyelesaian,
adanya ilmu kita umpama komputer yang baru update,
setiap simpulan ada leraiannya,
setiap persoalan ada jawapannya,
persoalan perlu dikaji, dicari, digali,
bukan dicari dengan pengetahuan yg cetek dan tandus,
perlu ada ilmu dan pemahaman yg tinggi,
perlu guru untuk mengendong ke jalan yg lurus,

masa dan waktu,
semalam tidak akan kembali pada aku,
bahkan ianya makin jauh meninggalkan aku,
setiap saat, minit, detik, jam , hari, tahun,
ianya bergerak meninggalkan aku,
setiap apa yg berlaku menjadi titik sejarah kehidupan,
walaupun ianya pahit, manis, tawar, masam,
tidak akan berulang-ulang berkali-kali,
yang pergi tetap akan pergi,
pergi bukan dengan kosong,
pergi dengan pengajaran dan pembelajaran,
masa adalah pengalaman dan juga guru manusia,
manusia pandai dan bodoh kerana pengalaman,
banyak pandai dari bodoh,
sebab aku belajar dari pengalaman untuk membaiki diri,
masa yg pergi umpama sejarah,
sejarah nyah kau pergi!!!
tp jgn kau pergi dengan bergitu sahaja,
tinggalkan aku ilmu baru,
biarkan kau pergi.....

Wednesday, July 13, 2011

ketidaksempurnaan itu melengkapkan hidup....

Semua makhluk tidak sempurna..
kenapa demikian???
persoalan yang sering membunuh pemikiran manusia,
menyalahkan takdir jalan terakhirnya,
cetek ilmu kurang berfikir,
bertindak bodoh, binasa hidup,
carilah ilmu, setiap persoalan ada jawapan,
selesai simpulan hidup diteruskan,
diciptakan setiap inci ada gunanya,
walaupun ada ketidaksempurnaan namun ianya terhebat,

ada yang kaya ada juga yang miskin,
yang kaya bantu yang miskin untuk mereka meneruskan kehidupannya.

ada yang pandai ada juga yang bodoh,
yang pandai bantu yang bodoh untuk menjadi sang cerdik pandai.

ada yang sihat ada juga yang sakit,
yang sihat bantu yang sakit untuk sembuh.

ada yang tinggi ada juga yang rendah,
yang tinggi bantu yang rendah mencapai sesuatu.

ada yang senang ada juga yang susah,
yang senang bantu yang susah menyenangkanya.

ada yang atas ada juga yang bawah,
yang atas bantu yang bawah naik ke atas bersama-sama.

diciptakan ada yang tidak sempurna tetapi saling melengkapi,
diciptakan ada tujuannya supaya kita bersyukur padda Ilahi,
diciptakan untuk membantu sama lain supaya menjadi umat sejati.

salam sejuta makna...

Monday, July 11, 2011

Aku Seorang Penulis Biasa!!!

aku seorang penulis...
aku menulis hanya berkongsi ilmu..
ilmu yg diilhamkan dari tuhan melalui pelbagai jalan...
dari pengalaman, penglihatan, dan juga apa yg dilalui..
aku menulis bukan kerana nama...
aku menulis kerana ilmu..
apa yang aku rasa, apa yag aku fikir, apa yang aku lihat,
di terjemahkan dalam segi bahasa,
tidak diluahkan melalui demontrasi jalan,tidak juga ku luahkan melaui kata2 kesat,
aku menulis melalui bahasa penyampaian...
ada yang tersirat juga ada yang tersurat,menulis berdasarkan ilmu,
bukan menulis pakai perasaan,
tersalah kata badan binasa. rosak bangsa, punah bahasa,
cari ilmu melalui pengalaman,
cari ilmu melalui rakan,
cari ilmu melalui kitab,
bukan untuk bermegah,
hanya untuk berkongsi ilmu..
hadir dalam perasaan yg ikhlas
untuk menjadi rujukan bersama..
aku hanya penulis biasa...

Thursday, July 7, 2011

ABAHku!!!

abah aku,
naik keta biasa2 je.
abah orang,
naik keta besar2 dan mewah.
tp abah aku sentiasa berada dengan anak2nya.

abah aku,
keje cikgu je,
abah orang,
keje doktor, kontraktor.
hidup kami xlah mewah sgt tp kami bahagia.

abah aku,
tegas dan mengawal,
abah orang,
baik, riang, dan spoting,
tp kami dididik dengan agama dan menjadi manusia berguna

abah aku,
hensem la jugak,
abah orang,
hensem lagi,
tp kami anak2 dia sume kacak dan cantik..hahaha

abah aku,
selalu marah kalau x sembahyang dan x ngaji,
abah orang,
"anak2 dah besar pandai2 la korang"
tp abah aku mahu anak2nya menjadi anak yg soleh dan menjadi manusia berguna di dunia dan akhirat.

aku????
aku nak jadi macam abah aku,
hidup bersederhana tp bahagia.
biar miskin harta bukan miskin ilmu agama,
biar dipandang rendah oleh manusia bukan dipandang hina oleh TUHAN,
biar hidup terkawal dr hidup tungang langgang,
biar hidup tidak mengangkat darjat asalkan darjat disisiNYA tinggi,
abah aku adalah segalanya,
biarpun bumi ini milik kita tp tidak mampu membayar baliksegalanya kepada abah kita...
fikir2kan lah supaya kita menjadi anak yang soleh

KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2011


alhamdulillah menang juga TRW untuk mendapat piala LIGA SUPER 2011 yg merupakan satu harapan seluruh rakyat kelate setelah kelate tewas dengan TERENGGANU...akhirnya TRW menebus balik kekecewaan dengan membawa gelaran juara. walaupun MATYO xdapat KASUT EMAS tetapi dia bersungguh2 untuk membawa kemenagan kepada KELANTAN....terima kasih THE RED WARRIORS, RAKYAT KELANTAN, DAN TAN SRI ANUAR MUSA yg membawa maruah KELANTAN di mata masyarakat... GO MORE KELATE GO MORE!!!!!