BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Sunday, October 30, 2011

"tahu tapi buat-buat tak tahu"



kita tahu solat itu wajib,
tapi kita tak solat,
kita tahu solat itu dapat pahala,
tinggalkanya dapat dosa,
tapi kita buat tak tahu,
kita tahu solat jemaah dapat 27,
solat sendirian dapat 1,
tapi kita nak yang sikit,
kita tahu solat itu benda pertama di tanya bila mati,
tapi kita sibuk dengan dunia,
kita tahu syurga itu seronok,
tapi kita dok kejar neraka yang pedih,
kita tahu menutup aurat itu wajib,
tapi kita buka juga bagi orang tengok,
kita tahu maksiat itu haram,
kita nak buat juga,
kita tahu arak itu haram,
tapi ramai juga yang dok minum,
kita tahu rasuah itu dosa berterusan,
tapi kita dok hulur juga,
kita tahu sedekah itu pahala berterusan,
tapi kita kedekut harta dunia tidak mahu harta akhirat,
kita tahu dunia ini sementara,
tapi kita dok pulun kejar dunia,
kita lupa dunia yang kekal,
kita tahu mati itu bila-bila masa,
tapi kita buat biasa macam dah tahu mati bila,
kita tahu kita ISLAM,
tapi LAYAKKAH kita jadi ISLAM???
ISLAM pada nama TAK JAMIN masuk SYURGA!!


bukan perli,
tapi untuk diri,
untuk kawan-kawan juga,
supaya sedar siapa kita,
aku hanya berbahasa,
sambil-sambil aku terasa,
aku juga terlupa,
harap kawan jangan alpa,
biarlah susah dahulu di dunia ini,
asal senang di dunia akan datang,




p/s: dapat idea selepas solat zohor

0 comments: