BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Tuesday, July 26, 2011

Pelakon semulajadi yg terhebat...





aku tidak perlu jadi pelakon,
kau tidak perlu jadi pelakon,
dia tidak perlu jadi pelakon,
kamu tidak perlu jadi pelakon,
kami tidak perlu jadi pelakon,
kita tidak perlu jadi pelakon,
ayah dan ibu tidak perlu jadi pelakon,
adik-adik kecil tidak perlu jadi pelakon,
kawan tidak perlu jadi pelakon,
cikgu tidak perlu jadi pelakon,
polis tidak perlu jadi pelakon,
menteri tidak perlu jadi pelakon,
pemimpin tidak perlu jadi pelakon,
manusia tidak perlu jadi pelakon,
kerana kita adalah pelakon,
pelakon secara semulajadi yang hebat,
berlakon di pementasan dunia,
sentiasa memainkan watak masing-masing,
ada jahat,
ada baik,
ada gila,
ada alim,
ada lurus,
ada bodoh,
ada cerdik,
ada jujur,
ada tanggungjawab,
ada tamak,
setiap kita ada wataknya,
watak dalam drama,
drama yang panjang,
dan akhirnya bila nyawa dibawa pergi,

aku duduk tepi,
kiri aku paling,
kanan aku paling,
depan aku paling,
belakang aku paling,
aku tengok orang,
bukan tengok-tengok saja,
aku tengok watak manusia,
macam-macam watak ada,
aku berfikir sejenak,
otak aku ligat berfikir,
adalah watak ini ditentukan?
atau pilihan masing-masing,
aku berfikir lagi,
otak aku terus berfungsi,
setiap ciptaanNYA ada gunanya,
jadi aku mengali ilmu,
membaiki diri....

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia itu kecuali supaya mereka beribadah (memperhambakan diri) kepadaKu.[4]TAZKIYAT AL-NAFS

8.51 a.m./selasa/26 julai 2011
bilik kuliah SDI