abah aku,
naik keta biasa2 je.
abah orang,
naik keta besar2 dan mewah.
tp abah aku sentiasa berada dengan anak2nya.
abah aku,
keje cikgu je,
abah orang,
keje doktor, kontraktor.
hidup kami xlah mewah sgt tp kami bahagia.
abah aku,
tegas dan mengawal,
abah orang,
baik, riang, dan spoting,
tp kami dididik dengan agama dan menjadi manusia berguna
abah aku,
hensem la jugak,
abah orang,
hensem lagi,
tp kami anak2 dia sume kacak dan cantik..hahaha
abah aku,
selalu marah kalau x sembahyang dan x ngaji,
abah orang,
"anak2 dah besar pandai2 la korang"
tp abah aku mahu anak2nya menjadi anak yg soleh dan menjadi manusia berguna di dunia dan akhirat.
aku????
aku nak jadi macam abah aku,
hidup bersederhana tp bahagia.
biar miskin harta bukan miskin ilmu agama,
biar dipandang rendah oleh manusia bukan dipandang hina oleh TUHAN,
biar hidup terkawal dr hidup tungang langgang,
biar hidup tidak mengangkat darjat asalkan darjat disisiNYA tinggi,
abah aku adalah segalanya,
biarpun bumi ini milik kita tp tidak mampu membayar baliksegalanya kepada abah kita...
fikir2kan lah supaya kita menjadi anak yang soleh
Kerana Kita Semua Layak Gembira
10 years ago
1 comments:
awe, mu nok jadi abah lagu mano??? kah3
Post a Comment